Saturday, May 17, 2014

Kesenian turki



Turkish art memang cantik . Ini salah satu cushion cover  corak tulip . Ada plbagai warna . Tulip sudah sinonim dengan Uthmaniyah .

Setiap tahun bulan april , di istanbul ada menyambut perayaan tulip .

Cushion cover turki 

semuanya disusun mengikut kualiti , warna dan design 

pelbagai design 

Sunday, May 4, 2014

Musim buah - Summer Istanbul


summer 2013

Aktiviti petang seperti biasa . selepas saja solat zohor , kami ke kebun milik bapa mertua . Jarak kebun dengan rumah hanya 2km saja . Biasanya saya jalan kaki sambil menikmati kebun orang lain semasa dalam perjalanan.

Sebenarnya buah buahan disini ikut musim . Buanh diatas ini namanya aywa . Rupanya seperti epal .

rasanya masam masam manis dan ada yang jenis warna kuning seperti  buah pear/ lai .

yeni dogan
:)

Thursday, April 17, 2014

Gandum menguning




Bagaikan dalam cerita dongeng dapat tengok gandun menguning depan mata . Angin sepoi- sepoi bahasa dibawah terik matahari .Melambai - lambai kegembiraan .

Bunyi gandum yang ditiup angin merehatkan minda sekejap . Saya sangat teruja dan tak terungkap kata - kata.

Ogle yemeyi - Pide ( Piza Turki )






17 April 2014

Ogle yemeyi ( Makan  tengah hari ). Habis kelas bahasa turki di ISMEK , lepak makan roti di Sultan Ahmet sambil tengok burung merpati .Dalam 10 min kemudian terus jalan kaki ke Tahtakale, Eminonu untuk makan pide . Suami saya sudah tuunggu di sana . 

Panas- panas makan pide memang sedap dan lembut . Inti pide daging cincang , bawang dan sedikit garam . Kedai pide ini dibelakang masjid dimana tempat suami saya menjadi imam. Kebanyakn yang singgah makan disini merupakan pekerja di sekeliling Tahtakale  yang terletak di berhampiran spice bazaar .




Friday, March 21, 2014

Kelas Bahasa Turki bersama ISMEK Istanbul


Salam semua ,

saya sudah mula belajar bahasa turki di kelas yang disediakan oleh majlis penbandaran istanbul . Walaupun saya sudah tahu peringkat pertengahan tapi saya ingin memperbaiki komunikasi dengan betul dan lebih bagus terutma tatabahasanya . Bahasa turki tidak seperti bahasa melayu atau bahasa inggeris .
Di dalam kelas itu saya seorang saja dari Asia iaitu Malaysia . Orang dari negara asia lain tidak ada seperti indonesia atau brunei . Selain saya ada bangsa Arab dari Syria

ISMEK adalah satu pusat akademi yang percuma yang disediakan oleh Majlis Bandar Istanbul  dan mesti ada permit tinggal di Turki . Selain bahasa turki , ada kelas yang lain seperti memasak dan menjahit.


Thursday, March 13, 2014

Pekan Sogut , Bozuyuk , Turkey






Ini kubur Ertugrul Gazi , bapa kepada Osman Gazi . Kubur ini terletak di Sogut . Makam ini ditempatkan di dalam sebuah rumah yang dibina . Jadi kita kena buka kasut masuk ke dalam .

Bilecik


Semasa dalam perjalanan ke Afyonkarahisar , Saya singgah di Pekan Kecil Bilecik . Tempat ni memang tak ada tourist dan terpencil sedikit

ni laluan nak ke Makam bapa mertua kepada pengasas kerajaan Utmaniyah iaitu Osman gazi  iaitu Seyh Edebali 

Syeh edebali sangat di segani oleh bapa Osman Gazi iaitu Ertugrul Gazi 

Friday, February 14, 2014

Balik kampung Basmakci di Afyonkarahisar



kampung ini terletak sudah hujung negeri afyonkarahisar , jadi lebih dekat ke Isparta dan Denizli

ni kampung husband memang best , nyaman je . sekali sekala kena lari dari kesibukan kota Istanbul

poko- poko kebun buah , gunung- gunung dan bunyi burung rasa macam tak nak balik ke Istanbul

perjalanan ambil masa 7 jam - 8 jam dengan bas atau kereta